Tuesday, March 16, 2010

Iqbal dah top up with formula starting 3 march 2010. Setahun juga misi gua. Cuma tak sampai target untuk exclusive 2 years. Ok... takper.. pumping masih terus!!

Thursday, February 11, 2010

Iqbal up-kan bar

Iqbal tetiba nak minum banyakkk...

20oz tak cukup. Harini aku bekalkan 28oz.. Kita tengok macam mana.Kalau habis memang Iqbal perlu at least 30oz a day. Kena lagi increase-kan production ni. yah yah yah!

Haritu bukan main payah lagi nak minum. Sekarang dia selera. Nak masuk setahun la katakan. :P

Wednesday, February 10, 2010

Still pumping abd breastfeeding Iqbal

Ok.. masih lagi fully BF IQbal.. kecuali 9oz in total formula yang Iqbal consume tu. Halal aje lah.

Sekarang ni Iqbal punya intake sudah bertambah. 20oz sehari. 15oz sehari pun gua sesak-sesak. Tak apa.

Mama boleh!!! ahahaha..

Cuma yang boring, Iqbal very clingy. Tidur nak atas tangan aku. Susah weih nak bangun pukul 4 pagi untuk pump. Agaknya nak beralih bulan. He'll be 1 next March.

Ya ampun. Anak gua dah nak setahun.

Thursday, January 7, 2010

I am struggling to cater Iqbal daily intake. Harini tak cukup 2.5oz. Aku terpaksa top up dengan formula.

Masih tak hilang semangat lagi. Perlu lagi positif. You can do it!!

Monday, November 23, 2009

Latest update

Catching up setelah 2 bulan memalaskan diri. Mana boleh macam ni kalau nak berjaya breastfeed sehingga 2 tahun.

Stok makin kurang. Tapi alhamdulillah setakat ni Iqbal masih lagi exclusively breastfeed by me. Syukur sangat.

Nak kena tambahkan usaha untuk start stocking lagi. Due to poor EBM management. There some serious oz goes down the drain coz its expired the 3 month duration. Nangis tau.

Ok lah. Stop whining and start doing.

InsyaAllah boleh!!

Iqbal akan consume max of 15oz aje EBM di nurseri. Ni sebab budak itu makan banyak tapi malas minum. Macam mak dia.

Nope.. No gigi yet. :P

Thursday, October 15, 2009

Lepas raya milk production macam apa-apa tah. Memang cukup-cukup makan si Iqbal aje. Tak boleh pakai langsung.

Pil fenugreek tu pun rasa macam susah nak telan. Keji sangat tau.

Cepat-cepatlah move on daripada mood gerhana ini.

Friday, September 11, 2009

Makanan untuk membanyakkan susu: Air rebusan longan

Dalam banyak-banyak informasi tentang cara-cara membanyakkan susu badan yang sudah dibaca, air rebusan longan adalah salah satu daripadanya.

Bagi aku, aku ikut mood rajin lah. Dah berapa lama juga aku tak merebus longan kering ni. Aku beli di kedai Sensei di the Curve. 1kg rm22.

Pertama kali aku merebus air longan adalah dengan longan kering yang dibeli di Giant. Ikut timbang juga. Giant dah pack kecil-kecil. Mahal juga berbanding longan yang kuning ni. Longan Giant berwarna hitam dan aku rasa kualitinya juga kurang. Tapi bile direbus, memang air tu akan jadi seperti air longan yang dijual dipasar malam lah.

Tapi permasaalahannya, walaupun aku dah rendam in advance dan basuh sebersih mungkin. Air longan tu masih ada ulat kering. Siriously, aku tapis dulu air longan aku. Terpaksa lah untuk anak.

Kemudian aku dapati, longan di kedai sensei. Nampak lebih meyakinkan. DIa kata datang daripada Thailand. Memang beza sangat daripada longan Giant. Harga pun bila aku kira-kira, lebih murah. (Gambar).

Aku boleh terus ambil segenggam dan masukkan dalam air, dan reneh. Sepatutnya letak gula batu. Tapi sebab gula batu dah habis, aku letak sahaja gula biasa.

Lebih kurang nampak longan dah kembang. Boleh tutup api. Biarkan sejuk.

Aku akan letak dalam jug dan masukkan dalam peti sejuk. Nuar pun minum sama. Ehehehe.

Bila pergi kerja, aku akan bawak dalam tumbler dan minum masa sebelum/semasa/selepas mengepam.

Selamat mencuba!!

 
Posted by Picasa