Friday, September 11, 2009

Makanan untuk membanyakkan susu: Air rebusan longan

Dalam banyak-banyak informasi tentang cara-cara membanyakkan susu badan yang sudah dibaca, air rebusan longan adalah salah satu daripadanya.

Bagi aku, aku ikut mood rajin lah. Dah berapa lama juga aku tak merebus longan kering ni. Aku beli di kedai Sensei di the Curve. 1kg rm22.

Pertama kali aku merebus air longan adalah dengan longan kering yang dibeli di Giant. Ikut timbang juga. Giant dah pack kecil-kecil. Mahal juga berbanding longan yang kuning ni. Longan Giant berwarna hitam dan aku rasa kualitinya juga kurang. Tapi bile direbus, memang air tu akan jadi seperti air longan yang dijual dipasar malam lah.

Tapi permasaalahannya, walaupun aku dah rendam in advance dan basuh sebersih mungkin. Air longan tu masih ada ulat kering. Siriously, aku tapis dulu air longan aku. Terpaksa lah untuk anak.

Kemudian aku dapati, longan di kedai sensei. Nampak lebih meyakinkan. DIa kata datang daripada Thailand. Memang beza sangat daripada longan Giant. Harga pun bila aku kira-kira, lebih murah. (Gambar).

Aku boleh terus ambil segenggam dan masukkan dalam air, dan reneh. Sepatutnya letak gula batu. Tapi sebab gula batu dah habis, aku letak sahaja gula biasa.

Lebih kurang nampak longan dah kembang. Boleh tutup api. Biarkan sejuk.

Aku akan letak dalam jug dan masukkan dalam peti sejuk. Nuar pun minum sama. Ehehehe.

Bila pergi kerja, aku akan bawak dalam tumbler dan minum masa sebelum/semasa/selepas mengepam.

Selamat mencuba!!

 
Posted by Picasa

Tips pam susu di bulan Ramdhan

Selepas aku ber-attitude yang lebih santai tentang EBM. Alhamudulillah. Susu aku smooth sailing. Setiap kali nak pump, breast rasa penuh. Aku rasa badan aku dah get used to keadaan berpuasa ni. Dan diet puasa aku tu sesuai dengan keadaan sekarang.

Walaupun sekarang ni Subuh aku tak pump. Milk production sama, atau kadang-kadang lebih daripada haritu.

Pumping Session:
1. 8.30 pagi
2. 12 ptg
3. 3.30 ptg
4. 10.30 malam

Kalau banyak kerja kritikal, terpaksa skip session no.3, kesal tapi kesian pulak kalau pump lambat sangat Iqbal nak nenen kurang, mungkin tidak tapi just instinct aku.

Sekarang, kena gerakkan stok frozen EBM sebab dah nak masuk bulan 10. Stok beku boleh simpan 3 bulan sahaja. So kena keep track juga.

Sekarang, dah tak stress lagi. Pumping dah come naturally. Susu banyak ke, sket ke, tu rezeki anak. Kan?

Wednesday, September 2, 2009

Tentang attitude dan semi solid

Dah ambil keputusan untuk lebih santai dalam sesi perah susu. Supaya diri lebih relaks dan tidur awal supaya dapat rehat lebih.

Aku harap perubahan ni dapat memberi penambahbaikan dalam milk production. Kalau tak cukup. Just use the frozen EBM. Apa susah kan?

Iqbal dah on semi solid. Semalam abah dia bagi makan sementara mama dia masak makanan berbuka, relaks aje la plak. Kena pegang tangan kalau tak memang comot la seluruh muka. Yang tak tahan tu siap dalam lubang hidung sekali.

Growell pun sudah dibekalkan di nurseri. Su akan bagi dalam pukul 11. Try sesudu dulu, campur EBM sket kasi sedap.

Su bagitahu, Iqbal ada BFF kat nurseri. Hakimi nama dia. Dari jauh Hakimi tegur pun, Iqbal akan senyum-senyum dan balas teguran Hakimi. Macam tu la anak mama. :)

Tuesday, September 1, 2009

Terlupa bawa breastpump part

Yang paling tak boleh blah.. aku tak bawak balik breastshield masa balik Kuantan.. Adeiih.. dah la cuti 3 hari. Tak dapat nak pump untuk Iqbal.

Pahtu.. breast punya la penuh sepanjang cuti tu.. Terkilannyaa..

Ada lah hikmahnya tu. Bukan rezeki Iqbal.