Friday, September 11, 2009

Tips pam susu di bulan Ramdhan

Selepas aku ber-attitude yang lebih santai tentang EBM. Alhamudulillah. Susu aku smooth sailing. Setiap kali nak pump, breast rasa penuh. Aku rasa badan aku dah get used to keadaan berpuasa ni. Dan diet puasa aku tu sesuai dengan keadaan sekarang.

Walaupun sekarang ni Subuh aku tak pump. Milk production sama, atau kadang-kadang lebih daripada haritu.

Pumping Session:
1. 8.30 pagi
2. 12 ptg
3. 3.30 ptg
4. 10.30 malam

Kalau banyak kerja kritikal, terpaksa skip session no.3, kesal tapi kesian pulak kalau pump lambat sangat Iqbal nak nenen kurang, mungkin tidak tapi just instinct aku.

Sekarang, kena gerakkan stok frozen EBM sebab dah nak masuk bulan 10. Stok beku boleh simpan 3 bulan sahaja. So kena keep track juga.

Sekarang, dah tak stress lagi. Pumping dah come naturally. Susu banyak ke, sket ke, tu rezeki anak. Kan?

1 comment: