Thursday, August 27, 2009

Rutin berbuka dan sahur untuk breastfeeding mother



Ini adalah pengalaman peribadi aku. Aku tak suka makan kurma dan tak suka makan biskut. Tak suka air suam dan masih belajar nak telan pil kapsul. Tapi kerana nak juga usaha untuk tambah susu. Aku telan jua. Yang penting, usaha dan nekad.

Sahur
1. Makan sebiji kurma
2. Makan Satu biskut Oatmeal
3. Minum air suam (dalam 500ml)
4. Makan fenugreek pil ( 2 biji ) dengan susu soya segelas
5. Makan makanan berat (apa-apa yang available)
6. Makan RTC tambah susu

Berbuka
1. Makan sebiji kurma
2. Minum a lot of water (kan waktu boleh makan tu panjang)
3. Makan biskut oatmeal (satu)
4. Makan RTC tambah susu
5. Apa-apa sahaja yang ada waktu berbuka.

Aku akui, aku bukan yang paling banyak susu. Kadang-kadang waktu bukan bulan puasa pun, production macam apa aje. Lebih-lebih lagi masa bulan puasa ni, memang sangat mencabar. Hari pertama aku kerja, dapat 13 oz aje. 5 kali pump. Memang kena tingkatkan pumping session. Kalau pump 4 kali aje macam biasa, memang kena makan margin stok EBM.

Susu waktu puasa

Semalam, 5 kali pump session.
1. Subuh
2. 9 pagi
3. 12 tghari
4. 3.30 ptg
5. 10 malam

Total= 17.5oz.

Kurang 0.5 oz dari semalam. Harini terpaksa pesan kat nurseri untuk top up 3 oz daripada stok beku.

Ok, at least 3 oz aje. Berusaha lagi.

Tuesday, August 25, 2009

Susu bulan puasa

Semalam cuma dapat 13oz aje.

Hari dapat 18oz.. Tapi masih ketinggalan 2oz daripada daily intake iqbal.

Aku nak bagi Iqbal makan dalam minggu ni. Tapi Nuar suruh tunggu sampai Iqbal 6 bulan gaks. Siapa lagi skema? aku ke Nuar?


Iqbal akan masuk 6 bulan this weekend. So aku dah beli siap-siap Growell daripada Era Edar. Mama yang jual, so, senang lah kan? Boleh diberi pada baby dari 3 bulan-12bulan. Tapi aku sengaja biarkan Iqbal 6 bulan baru makan. Skema la katakan.

Bahan-bahan:
Beras terpilih, melukut (apa ini melukut?), gula dan nutrien garamtisu Biokimia.

Cara-cara penyediaan:
Masukkan 1 sudu besar growell dalam periuk dan masak sekejap atas api. Atau guna air panas mendidih. Kalau tak, tak jadi. Boleh juga campur EBM.

Macam mana la rupa Iqbal makan. Mesti kelakar. :D

Puasa

Aku dah tak ada issue dengan nurseri aku. Orang yang jaga baby dengan ampeh tu sudah di bawa pulang ke kampung.

Iqbal dah minum seperti normal. 20oz.

Sekarang..

Dibulan puasa ni. Nak dapatkan 20oz pun perit. Adeih..

Wednesday, August 12, 2009

Isu susu Iqbal

Aku bagi yang fresh 5oz, 4.5oz dan 3oz. Stok beku bagi 3oz gaks. Bila dapat balik 3 botol dengan baki 3 oz. Takkan seharian Iqbal minum 9oz aje?

Taska tu in transition. Yang jaga baby ada makcik baru ni. Aku worried yang makcik ni tak pandai handle EBM dan tak reti nak handle Iqbal gaks.

Pagi tadi aku bagitau Zura, Iqbal cuma minum 2 botol aje. Aku siap nangis. Risau la kan? Orang yang jaga anak kita tak sabar nak bagi minum.

Then owner taska call. Dia demam. Doktor tak bagi datang taska. Aku understand. But penjaga dia sekarang patut jaga budak-budak tu lebih baik. Kalau tak memang ada ada consider nak tukar taska aje kalau berterusan macam ni.