Thursday, August 27, 2009

Rutin berbuka dan sahur untuk breastfeeding mother



Ini adalah pengalaman peribadi aku. Aku tak suka makan kurma dan tak suka makan biskut. Tak suka air suam dan masih belajar nak telan pil kapsul. Tapi kerana nak juga usaha untuk tambah susu. Aku telan jua. Yang penting, usaha dan nekad.

Sahur
1. Makan sebiji kurma
2. Makan Satu biskut Oatmeal
3. Minum air suam (dalam 500ml)
4. Makan fenugreek pil ( 2 biji ) dengan susu soya segelas
5. Makan makanan berat (apa-apa yang available)
6. Makan RTC tambah susu

Berbuka
1. Makan sebiji kurma
2. Minum a lot of water (kan waktu boleh makan tu panjang)
3. Makan biskut oatmeal (satu)
4. Makan RTC tambah susu
5. Apa-apa sahaja yang ada waktu berbuka.

Aku akui, aku bukan yang paling banyak susu. Kadang-kadang waktu bukan bulan puasa pun, production macam apa aje. Lebih-lebih lagi masa bulan puasa ni, memang sangat mencabar. Hari pertama aku kerja, dapat 13 oz aje. 5 kali pump. Memang kena tingkatkan pumping session. Kalau pump 4 kali aje macam biasa, memang kena makan margin stok EBM.

No comments:

Post a Comment