Friday, September 11, 2009

Makanan untuk membanyakkan susu: Air rebusan longan

Dalam banyak-banyak informasi tentang cara-cara membanyakkan susu badan yang sudah dibaca, air rebusan longan adalah salah satu daripadanya.

Bagi aku, aku ikut mood rajin lah. Dah berapa lama juga aku tak merebus longan kering ni. Aku beli di kedai Sensei di the Curve. 1kg rm22.

Pertama kali aku merebus air longan adalah dengan longan kering yang dibeli di Giant. Ikut timbang juga. Giant dah pack kecil-kecil. Mahal juga berbanding longan yang kuning ni. Longan Giant berwarna hitam dan aku rasa kualitinya juga kurang. Tapi bile direbus, memang air tu akan jadi seperti air longan yang dijual dipasar malam lah.

Tapi permasaalahannya, walaupun aku dah rendam in advance dan basuh sebersih mungkin. Air longan tu masih ada ulat kering. Siriously, aku tapis dulu air longan aku. Terpaksa lah untuk anak.

Kemudian aku dapati, longan di kedai sensei. Nampak lebih meyakinkan. DIa kata datang daripada Thailand. Memang beza sangat daripada longan Giant. Harga pun bila aku kira-kira, lebih murah. (Gambar).

Aku boleh terus ambil segenggam dan masukkan dalam air, dan reneh. Sepatutnya letak gula batu. Tapi sebab gula batu dah habis, aku letak sahaja gula biasa.

Lebih kurang nampak longan dah kembang. Boleh tutup api. Biarkan sejuk.

Aku akan letak dalam jug dan masukkan dalam peti sejuk. Nuar pun minum sama. Ehehehe.

Bila pergi kerja, aku akan bawak dalam tumbler dan minum masa sebelum/semasa/selepas mengepam.

Selamat mencuba!!

 
Posted by Picasa

No comments:

Post a Comment