Tuesday, July 14, 2009

Bila iqbal minum sket..

Sekarang iqbal minum dah kurang sket bermula daripada minggu lepas. Mula-mula aku perasan nenen pun kurang sket. Kemudian hari Isnin kat nurseri. Minum 15 oz aje. Dan khamis minum 30 oz. Adeih. Cuma memang dah kurang. Semalam dia minum 20 oz aje. Nak ringan-ringankan badan ni. Sebab dia dah mula nak meniarap.

EBM production macam biasa. Untuk cater 25oz or kadang-kadang 27oz. Lebih sket daripada intake Iqbal. So, sekarang ni ada la stok sket-sket. Stok sekarang nak konsisten la letak dalam 2.5oz-3oz satu bekas. Senang nurseri nak buat kira-kira.

Semalam masak lemak udang dan lobak putih. Lobak putih ni not that bad. Kalau letak dalam kuah-kuah dia akan serap rasa kuah. Jadi rasa dia macam sengkuang aje. Kalau tak masak yang rasa dia bitter tuh.

Ada hikmah juga Iqbal minum sket. :P

No comments:

Post a Comment