Wednesday, April 15, 2009

First outing tanpa Iqbal

Aku dah thaw dua botol susu. Plan untuk pergi ke Jusco dan beli barang-barang Iqbal especially Baby Carseat berjalan dengan lancar. Aku bf Iqbal sebelum aku pergi. Dan yeah! 2 jam setengah. Sedih gila masa nak tinggalkan dia.

Mama bagi 1.5 Oz. Habis

Lepas mandikan Iqbal. Mama bagi lagi sebotol, 4 Oz, tapi Iqbal habiskan 3 Oz aje. Ada baki lagi.

Aku beli puting NUK untuk Iqbal. Aku dapati puting Pigeon yang aku ada tu macam laju sangat alirannya. Aku tengok Iqbal suka jugak puting NUK tu. Putingnya macam nenen mama dia kots. Ahahaha. Ok, jadi, tak ada masaalah dah nak susukan Iqbal guna botol.

Ada lagi sebotol 4 Oz. Dalam pukul 11.30 malam karang, aku akan bagi Iqbal lagi. Karang membazir la plak. 4Oz tuuu.

Aku masih menanti aku nyer Ring Sling. Esok lusa dapat lah. Mana yang sampai dulu. Boleh la pi bawak Iqbal usha nursery or babysitter. Tinggi betul harapan.

Sunday, April 12, 2009

Buaian

Dah cuba masukkan Iqbal dalam buaian harini. Rasanya senang sket sbb Iqbal asyik terkejut-kejut aje bila tidur atas katil.

Adakah pilihan aku ni betul?

nak pi google-lah!!

Misi bersihkan hidung Iqbal.

Mengadu kat Kak Nita pasal Iqbal bernafas berbunyi-bunyi. Igtkan kahak. Dok bagi makan Asmakur. First sekali kak nita nasihat. tengok lubang hidung dia. Ada taik hidung besar ke menghalang pernafasan dia.

Aku pi jenguk lubang hidung Iqbal. Ada seketul besar di setiap lubang hidung. Kak Nita suruh kuarkan. Amik cotton buds, buang sket kasi kecik. basahkan dengan air dan perah. Kasi lembab aje. Dan cuba keluarkan daripada hidung dia.

Misi selesai. Lubang hidung iqbal dah clear dah.

Wow! lamanya dia tido??!! Magik sungguh.

Banyak ni yang nak kena belajar. Alhamdulillah ada Kak Nita.

Friday, April 10, 2009

Nasal congestion

Iqbal meragam aje. Lepas nenen, letak aje kat tilam, nangis balik. Dan aku perasan yang dia nyer nafas mcm weezing sket. Aku tanya mama, mama kata biasalah tu. Sampai la semalam aku perasan taik hidung dia punya la berketul. Mcm menghalang dia bernafas. Aku takder penyedut tu. Jadi aku terpaksa biar la dulu.

Bagi Asmakur, 3 kali bagi. Sudu pertama, punya la ekspresi muka tak suka. Lepas-lepas tu dia ok. Mama cheat sket aje sayang. Minum air batu sket. Tak sangka plak Iqbal tak tahan. Jadi, aku akan lebih hati2 lepas ni. Mungkin tak minum air batu, minum air yang chill aje.

Baca buku What to Expect : Baby the First year, dia ckp naikkan sket kepala dia masa dia tidur. Jadi aku guna bantal aku untuk letak Iqbal. Dia nampak selesa dan lena tidur. Alhamdulillah.

Setiap 2 jam Iqbal bangun dan nak nenen. Last-last dalam kol 5 pagi tu aku penat sangat. Aku letak Iqbal kat atas bantal tinggi tu. Aku tinggikan kedudukan aku. And BF Iqbal cara tu. Tertidur la aku dengan Iqbal dalam posisi tu.

Wednesday, April 8, 2009

39 hari

Setakat ni aku pam susu sehari aje sekali. dapat la dalam 4 - 5oz.
Ada juga hari aku terskip sbb macam tak ada masa nak BF.

Masa tu kita yang uruskan. Mungkin kena uruskan dengan lebih baik lagi. Korbankan masa tidur or masa rehat. Untuk kebaikan Iqbal juga.

Wednesday, April 1, 2009

Nursing Cover

Aku ada beli nursing cover online daripada goldmedalribbon2. Sekarang ni kadang-kadang berlatih untuk nursing Iqbal in public. yeah!!