Wednesday, July 22, 2009

Yak Yak

Bila kita makan durian..

Baby berak pun bau durian.. ahahaha

Friday, July 17, 2009

EBM Stok


Still dalam usaha nak tambahkan stok EBM. Haritu lagi sket. Semenjak Iqbal minum sket aje nih. Dapat la bertambah sket. Alhamdulillah. Kena lagi gigih since aku ni bukannya leh dapat 30oz sehari. Chaiyo!!!

Tuesday, July 14, 2009

Bila iqbal minum sket..

Sekarang iqbal minum dah kurang sket bermula daripada minggu lepas. Mula-mula aku perasan nenen pun kurang sket. Kemudian hari Isnin kat nurseri. Minum 15 oz aje. Dan khamis minum 30 oz. Adeih. Cuma memang dah kurang. Semalam dia minum 20 oz aje. Nak ringan-ringankan badan ni. Sebab dia dah mula nak meniarap.

EBM production macam biasa. Untuk cater 25oz or kadang-kadang 27oz. Lebih sket daripada intake Iqbal. So, sekarang ni ada la stok sket-sket. Stok sekarang nak konsisten la letak dalam 2.5oz-3oz satu bekas. Senang nurseri nak buat kira-kira.

Semalam masak lemak udang dan lobak putih. Lobak putih ni not that bad. Kalau letak dalam kuah-kuah dia akan serap rasa kuah. Jadi rasa dia macam sengkuang aje. Kalau tak masak yang rasa dia bitter tuh.

Ada hikmah juga Iqbal minum sket. :P

Tuesday, June 30, 2009

Makanan yang menambahkan susu

Sekarang aku makan beberapa supplement untuk menambahkan susu.

1. RTC Tambah susu daripada Sistem Era Edar
2. Fenugreek capsule daripada GNC
3. Air rebusan longan kering

Sehari sekarang boleh dapat 25oz. Tapi iqbal pun minum 25oz juga. Jadi, pertambahan susu aku berkadaran dengan pengambilan Iqbal. Membuatkan stok beku aku juga tak bergerak. Makin susut pun ada.

Berusaha lagi!!!

Monday, June 22, 2009

Yang paling tak best

Adalah bila kita ada dalam 20 botol susu untuk di sterilize dan masa tu juga gas dapor habis dan sudah pukul 10.30 malam.

Wednesday, May 6, 2009

EBM - Minggu pertama bekerja

Day 1: Dapat 3 kali pump sebelum ambil Iqbal Wafiq. Sket aje keluar walaupun pump beria-ia. Makan tak cukup. Minum pun tak cukup. Total = 9 Oz.

Day 2: Dapat 3 kali pump sebelum ambil Iqbal. Harini bawak bekal susu soya. Walaupun berat sangat dah angkut dua beg. Makan juga RTC - Tambah susu. Pukul 5.30 pagi minum Enfamama (nak habiskan stok masa mengandung). Makan nasi 3 kali. Pump sampai ke malam. Tak tau berapa kali. Tak ingat dah. Total susu: 16 oz.

Day 3: Tak tau berapa tapi first pump session dapat 5 oz. Nak pergi pump kali ke 2 ni.

Wednesday, April 15, 2009

First outing tanpa Iqbal

Aku dah thaw dua botol susu. Plan untuk pergi ke Jusco dan beli barang-barang Iqbal especially Baby Carseat berjalan dengan lancar. Aku bf Iqbal sebelum aku pergi. Dan yeah! 2 jam setengah. Sedih gila masa nak tinggalkan dia.

Mama bagi 1.5 Oz. Habis

Lepas mandikan Iqbal. Mama bagi lagi sebotol, 4 Oz, tapi Iqbal habiskan 3 Oz aje. Ada baki lagi.

Aku beli puting NUK untuk Iqbal. Aku dapati puting Pigeon yang aku ada tu macam laju sangat alirannya. Aku tengok Iqbal suka jugak puting NUK tu. Putingnya macam nenen mama dia kots. Ahahaha. Ok, jadi, tak ada masaalah dah nak susukan Iqbal guna botol.

Ada lagi sebotol 4 Oz. Dalam pukul 11.30 malam karang, aku akan bagi Iqbal lagi. Karang membazir la plak. 4Oz tuuu.

Aku masih menanti aku nyer Ring Sling. Esok lusa dapat lah. Mana yang sampai dulu. Boleh la pi bawak Iqbal usha nursery or babysitter. Tinggi betul harapan.